SOKONGAN KECERGASAN ANDA
Hakikatnya, senaman merupakan satu cabaran. Namun ia boleh juga menyeronokkan! Anda boleh memulakan rutin kecergasan yang mudah dengan hanya aktiviti berjalan pantas (brisk walk). Pasukan Kitakurang boleh membantu untuk sebatikan aktiviti ini dengan rutin harian anda.
Apabila menyertai Program Kitakurang, anda akan menerima Alat Timbang Pintar, Penjejak Kesihatan, dan aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon pintar.


Alat Timbang Pintar Allurion
Alat timbang ini membolehkan anda memantau berat badan secara komprehensif untuk mengekalkan berat badan anda. Jangan lupa: otot adalah lebih berat berbanding lemak! Pemantauan komposisi badan dan BMI adalah langkah yang penting untuk menjejak prestasi anda supaya kekal bermotivasi.
Penjejak Kesihatan Allurion
Pemantauan aktiviti fizikal dan tidur secara terancang adalah penting dalam menjejaki tabiat dan prestasi anda. Alat Penjejak Kesihatan Allurion boleh memudahkan usaha ini. Anda berupaya menggunakan data untuk memahami impak tidur dan aktiviti terhadap berat badan anda.
Aplikasi Telefon Pintar Allurion
Kami menghasilkan platform yang membolehkan anda memantau komposisi badan, berat, kecergasan, dan kadar penglibatan anda dalam masa sebenar, semuanya dengan bantuan Alat Timbang Pintar dan Penjejak Kesihatan Allurion. Pasukan penjagaan kesihatan anda boleh memantau berat badan anda dan seterusnya memberi sokongan dan panduan yang berpadanan. Jejaklah prestasi anda pada bila-bila masa dan raikannya bersama kawan-kawan dan keluarga.