PERJALANAN ANDA
Selamat Datang ke Program Penurunan Berat Badan Allurion!

Belon Swallowable merupakan belon gastrik boleh telan yang tidak memerlukan pembedahan, endoskopi, atau bius. Belon ini membantu menurunkan berat badan dengan memenuhi ruang di dalam perut. Dengan ini, anda mudah berasa kenyang dan dapat mengurangkan pemakanan.
Turunkan berat badan sebanyak 10 to 15%* dalam masa 4 bulan dengan menggunakan belon ini, dengan diiringi Program Kitakurang untuk mengekalkan berat badan anda.
*Keputusan mungkin berbeza mengikut setiap individu.
Bagaimana belon swallowable ditempatkan dalam perut?



Secara ringkasnya:
- Prosedur hanya mengambil 30 minit
- Belon keluar daripada badan secara semulajadi selepas 4 bulan
- Turun sebanyak 10-15% berat badan total
- 60,000 belon diedarkan di seluruh dunia
- Termasuk panduan pemakanan dan kecergasan selama 6 bulan
- Termasuk alat timbang pintar, alat penjejak kesihatan, dan aplikasi telefon pintar untuk memantau perkembangan anda

Doktor akan berada di sisi anda dari langkah pertama perjalanan anda bersama Allurion – bermula dengan konsultasi pertama, persediaan untuk prosedur penempatan belon, sehinggalah anda mencapai kejayaan sepanjang program ini.

Sokongan daripada Pakar Pemakanan anda
Pakar pemakanan anda akan membantu mengubah persepsi anda terhadap makanan; dengan mengambil kira cita rasa anda. Beliau akan memberi panduan untuk memilih diet yang sihat dan boleh dikekalkan untuk jangka masa panjang. Sokongan beliau adalah khas untuk anda sepanjang tempoh 12 bulan – walaupun belon telah lama keluar daripada badan anda.

Sokongan daripada Peranti anda
Sebagai bantuan tambahan sepanjang perjalanan anda, anda akan menerima alat timbang pintar Allurion, alat penjejak kesihatan Allurion, dan aplikasi telefon pintar Allurtion ketika anda menjalani prosedur penempatan belon. Kegunaanya adalah untuk memaklumkan status terkini kepada pasukan penjagaan kesihatan anda, menerima nasihat dan panduan, dan terus memantau berat badan anda.